Friday, August 23, 2013

SYABAS DAN TAHNIAH SMK TEMERLOH JAYA...

SMK Temerloh Jaya telah mewakili Negeri Pahang bagi Pertandingan Laluan PPDa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013. Pelbagai aktiviti dan persediaan sedang rancak berjalan di sekolah ketika ini. Buat semua warga SMK Temerloh Jaya, teruskan usaha gigih anda demi mengharumkan nama SMKTJ, Daerah Temerloh dan Negeri Pahang seperti kata pujangga " dari terpencil menjadi tersohor".

    Majlis penyampaian sumbangan sebuah TV LED jenama Samsung oleh Majlis Guru PPDa Pahang telah di adakan pada 20 Ogos 2013 di SMK Seri Jengka, Maran. Puan Rohaini & Puan Halisa mewakili pihak SMKTJ telah menerima sumbangan tersebut untuk diletakkan di laluan PPDa sekolah nanti. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan tidak kira dalam apa jua  bentuk sekalipun, pihak PPD Temerloh mengucapkan jutaan terima kasih dalam membantu pihak sekolah membuat persediaan rapi menjelang penilaian oleh panel hakim kebangsaan pada 17 September 2013 nanti.

   Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah serta Selamat Maju Jaya buat semua warga SMK TEMERLOH JAYA.










En. Abdullah Sani (Ketua unit PPDa Pahang) menyampaikan TV kepada wakil SMKTJ